1. PENGENALAN
    1. Laman web dan aplikasi ini dikendalikan oleh Zalika Enterprise. Setiap kandungan dalam laman sesawang ini yang mengatakan istilah “kami” adalah merujuk kepada Zalika Enterprise. Setiap kandungan, informasi, perkhidmatan yang terdapat di laman ini tertakluk kepada penerimaan pengguna dalam segala terma, kondisi, dasar dan notis yang ditetapkan.
    2. Dengan melayari laman sesawang dan aplikasi ini, membeli atau menggunakan khidmat kami,  anda bersetuju untuk mematuhi dan memahami segala syarat & terma/terma perkhidmatan/terma & kondisi yang ditetapkan di sini dan di link/hyperlink. Terma perkhidmatan ini adalah tertakluk untuk semua pengguna, termasuklah pelayar, pembeli, dan juga sesiapa yang terlibat dalam penggunaan perkhidmatan ini. Anda dinasihatkan untuk membaca Terma Perkhidmatan ini sebelum menggunakan perkhidmatan kami. Dengan mengakses dan menggunakan apa-apa bahagian atau perkhidmatan daripada laman sesawang dan aplikasi ini, anda bersetuju segala Terma Perkhidmatan yang telah ditetapkan. Sekiranya anda tidak berstuju, anda tidak dibenarkan untuk mengakses dan menggunakan apa-apa perkhidmatan daripada laman sesawang dan aplikasi kami.
    3. Kami juga berhak untuk mengubah, mengemaskini, atau menggantikan sebarang apa-apa bahagian yang terkandung di dalam Terma Perkhidmatan ini. Anda dinasihatkan untuk menyemak selalu terma ini. Sekiranya anda masih akses dan menggunakan perkhidmatan kami selepas berlaku pertukaran atau perubahan terma, itu bermakna anda sudah bersetuju dengan perubahan tersebut.

2. PERKHIDMATAN ONLINE

Anda tidak membenarkan menggunakan perkhidmatan dan produk kami untuk kegunaan yang haram dan menyalahi undang-undang serta etika. Anda juga tidak membenarkan menghantar sebarang virus atau melakukan godaman ke atas sistem kami untuk sebarang tujuan.

3. INFORMASI PERSONAL

Sebarang maklumat personal yang diberi oleh anda adalah di bawah ketetapan Privacy Policy kami. Anda boleh semak dasar ini untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut.

4. PAPARAN BARANGAN

Paparan sebarang gambar barangan mungkin tidak sama dengan gambaran sebenar. Anda perlu faham bahawasanya setiap barangan segar adalah bersifat tidak tetap dari segi bentuk, warna, saiz dan sebagainya.

5. PERUBAHAN PERKHIDMATAN & HARGA

Kami berhak mengubah sebarang perkhidmatan dan harga yang kami tetapkan. Harga yang ditetapkan di laman sesawang dan aplikasi ini akan sentiasa bertukar dari semasa ke semasa. Harga ini juga tidak sama dengan harga sebenar di pasar tani atas sebab faktor norma perniagaan dan nilai komisen yang sudah kami tetapkan

6. BERAT

Walaupun kami akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan berat sentiasa sama, namun kami tidak boleh berikan jaminan bahawa berat semua barangan betul-betul tepat berbanding dengan berat yang dipaparkan. Hal ini demikian kerana barang mentah dan segar mempunyai bentuk dan berat yang tidak menentu. Berat yang berbeza juga adalah disebabkan faktor peniaga itu sendiri. Walaubagaimanapun, sekiranya ada berat yang mempunyai perbezaan yang amat ketara atau melebihi 20%, anda boleh buat permintaan untuk kembalikan wang.

7. DASAR PEMBAYARAN BALIK (REFUND)

Kami hanya terima permintaan pembayaran balik oleh pengguna di waktu yang sama selepas barang sampai di lokasi masing-masing. Pengguna haruslah memberitahu kepada penghantar barang dengan segera selepas barangan disemak.

Syarat permintaan pembayaran balik :

  1. Tiada stok barang daripada pasar tani
  2. Barangan nampak jelas tidak segar dan tidak berkualiti
  3. Berat barangan yang berkurangan melebihi 20% (Contoh : beli 1KG tetapi terima 0.7KG)
  4. Barangan yang salah beli atau hantar

 

 

 

  1.  

 

×

Hai

Ada apa-apa yang kami boleh bantu? Hubungi kami sekarang untuk sebarang pertanyaan dan bantuan.

× WhatsApp Kami