1. Apa itu Pasartani Online dan apakah kegunaannya?

Pasartani Online merupakan satu platform untuk memudahkan penduduk sekitar Taman Melawati dan berhampirannya untuk membeli barangan segar secara online. Pengguna hanya perlu membeli di platform ini dengan menggunakan telefon pintar atau komputer dan kemudiannya pengguna hanya tunggu barangan sampai sehingga ke pintu rumah.

2. Siapa yang boleh menggunakan platform ini?

Semua yang inginkan kemudahan sesuai untuk menggunakan khidmat ini. Kami juga mensasarkan golongan yang mempunyai masalah berikut :

  1. Susah mendapat parking
  2. Sibuk dan kesuntukan masa
  3. Tiada kenderaan
  4. Sudah berusia
  5. Tidak sihat atau kurang upaya
  6. Mahu membeli barang yang banyak
  7. Ibu mengandung

3. Kenapa platform ini hanya di pasar tani Melawati?

Pasar tani Taman Melawati merupakan antara pasar tani yang terbaik di Malaysia. Pasar tani ini diurus dengan baik dan kebanyakan barangan di sini sangat segar dan berkualiti. Pelanggan di sini bukan sahaja menetap di sini malah pelanggan sejauh Putrajaya juga ada yang sanggup membeli di sini! Sekiranya sambutan menggalakkan, kami akan cuba menambah lokasi selain dari kawasan Melawati.

4. Bagaimana untuk membuat pembelian?

Anda boleh rujuk di link ini untuk mendapatkan rujukan untuk membuat pembelian –

Pembelian dibuka dan dikumpul bermula 6 petang Sabtu sehingga 6 petang hari jumaat. Penghantaran akan dilakukan sekitar 8 pagi – 11 tengahari setiap Sabtu.

5. Bilakah barangan saya akan sampai?

Penghantaran akan dilakukan sekitar 8 pagi – 11 tengahari setiap Sabtu.

6. Bagaimana sekiranya ada barangan yang sampai tidak cukup?

Pasukan kami akan mulakan setiap operasi seawal 6.30 pagi. Jadi tiada masalah untuk mendapatkan semua barangan yang dibeli. Namun begitu, sekiranya ada barangan yang tiada stok di pasar tani (contoh: musim tengkujuh), kami akan pulangkan kembali wang pembeli dan cuba memberitahu kepada pembeli seawal mungkin.

7. Bagaimana sekiranya saya tidak puas hati dengan kualiti ikan yang dipilih?

Pasukan kami akan mulakan setiap operasi seawal 6.30 pagi. Dan kami akan cuba sedaya mungkin untuk mendapatkan barangan segar yang terbaik. Kami menerapkan budaya “pembelian untuk pelanggan adalah sama seperti pembelian untuk diri sendiri” Sekiranya anda tetap tidak berpuas hati, kami akan kembalikan wang anda.

8. Di area manakah perkhidmatan ini dapat melakukan penghantaran?

Kami melakukan penghantaran di seluruh lembah klang. Namun begitu, kami mengesyorkan pelanggan yang berdekatan daripada pasar tani Melawati atas faktor bayaran penghantaran.

Antara lokasi yang kami syor adalah :

  1. Taman Melawati
  2. Wangsamaju
  3. Ukay Perdana
  4. Taman Melati
  5. Bukit Antarabangsa
  6. Gombak Setia
  7. Taman Sri Rampai

9. Berapakah cas setiap penghantaran?

Kos cas penghantaran berlainan mengikut lokasi. Kami mengenakan cas sebanyak RM1 untuk setiap 1KM. Namun begitu, kami mengenakan cas minimum sebanyak RM6 ringgit. Jadi, mana lokasi yang kurang 6KM cas tetap dikenakan sebanyak RM6.

Ada soalan? Hubungi kami Email anda tidak akan dipaparkan.





×

Hai

Ada apa-apa yang kami boleh bantu? Hubungi kami sekarang untuk sebarang pertanyaan dan bantuan.

× WhatsApp Kami